Saturday, September 12, 2009

Sambal Goreng Katerina











Sambal Goreng Katerina
Sambal Goreng Katerina

BAHAN SAYUR:

300 gm kacang panjang

2 keping tempe (potong dadu dan goreng)

2 keping tauhu (potong dadu dan goreng)

1 keping fucuk (rendam)

1 peket kecil suun (rendam)

2 biji kentang (potong hiris dan goreng)

2 sudu besar air asam jawa

500 ml santan kelapa

BAHAN KISAR:

4 labu bawang besar

10 tangkai cili kering

6 ulas bawang putih

2 cm halia

30 gm udang kering

1 batang serai

2 cm lengkuas

CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan minyak dan kemu­dian tumis bahan kisar dan kacau hingga garing.

2. Masukkan semua bahan sayuran, santan, air asam jawa dan kacau hingga masak.

3. Rasalah masin dan ma­nisnya. Gaul sebati sehingga semuanya masak.

No comments:

Post a Comment