Saturday, September 12, 2009
Baulu Kukus
BAHAN-BAHAN: 5 biji kuning telur 4 biji putih telur 250 gm gula 300 tepung gandum 1/2 sudu kecil soda bikarbonat 175 ml sprite/7up 1/2 sudu kecil esen vanila Sedikit pewarna
CARA MENYEDIAKAN: 1. Terlebih dahulu permukaan kukus yang berlubang hendaklah dilapikkan dengan kertas surih. Didihkan air kukusan. 2. Pukul telur, gula, esen vanila hingga kembang. 3. Setelah kembang, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang-seli dengan air sprite. 4. Sendukkan lima sudu besar adunan dan warnakan. 5. Sudukan adunan berwarna dan tidak berwarna di dalam mangkuk kertas. 6. Kukus sehingga baulu merekah pada bahagian atasnya. |
Sambal Goreng Katerina
| | |
BAHAN SAYUR: 300 gm kacang panjang 2 keping tempe (potong dadu dan goreng) 2 keping tauhu (potong dadu dan goreng) 1 keping fucuk (rendam) 1 peket kecil suun (rendam) 2 biji kentang (potong hiris dan goreng) 2 sudu besar air asam jawa 500 ml santan kelapa
BAHAN KISAR: 4 labu bawang besar 10 tangkai cili kering 6 ulas bawang putih 2 cm halia 30 gm udang kering 1 batang serai 2 cm lengkuas
CARA MENYEDIAKAN: 1. Panaskan minyak dan kemudian tumis bahan kisar dan kacau hingga garing. 2. Masukkan semua bahan sayuran, santan, air asam jawa dan kacau hingga masak. 3. Rasalah masin dan manisnya. Gaul sebati sehingga semuanya masak. |
Ikan Bakar Daun Kunyit
| |
BAHAN PERAP: 3 sudu pes tomyam 3 ulas bawang merah (tumbuk) 1 ulas bawang putih (tumbuk) 3 cm halia (tumbuk) 2 sudu kecil serbuk kunyit 1 tangkai daun ketumbar (hiris halus) 2 helai daun limau purut
BAHAN B: 1 helai daun kunyit 1 ekor ikan kerapu
CARA MENYEDIAKAN: 1. Perapkan ikan kerapu dengan bahan perap selama setengah jam. 2. Balut dengan daun kunyit. 3. Bakar hingga masak. 4. Hidangkan bersama air asam dan sambal kicap. |
Rendang Kerang Minang
BAHAN-BAHAN: 300 gm isi kerang (rebus separuh masak) 4 sudu besar kerisik 2 helai daun kunyit4 helai daun limau purut 300 ml santan pekat
BAHAN KISAR: 3 ulas bawang besar 8 ulas bawang putih 2 cm kunyit hidup 5 tangkai cili kering 20 tangkai cili padi
CARA MENYEDIAKAN: 1. Panaskan minyak, tumiskan bahan yang dikisar hingga garing. 2. Kemudian, tuangkan santan, masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Biarkan mendidih. 3. Setelah mendidih masukkan isi kerang dan setelah kuah rendang hampir kering masukkan kerisik dan garam. |